Sepatutnya masyarakat manusia tidak hidup nafsi nafsi, berkrisis dan huru hara.Sebab sudah menjadi keperluan hidup manusia saling bertolong bantu dan perlu memerlukan.Seorang itu tidak boleh sempurna hidupnya tanpa orang lain.Pada orang lain ada keperluan untuk dirinya. Jadi sepatutnya dia menjaga hubungan baik dengan orang lain. Sebab di situ ada keperluan untuk dirinya.
Ertinya, berkasih sayang antara manusia itu, selain merupakan keperluan batiniah insan, sebenarnya ia adalah keperluan kehidupan lahiriahnya juga. Kalau tidak berbaik baik dengan orang lain, manusia akan hidup keseorangan dengan bermacam macam masaalah. Contoh nya:
1. Dalam sebuah kampung ada seorang kaya yang tidak bergaul dengan sesiapa pun sebab orang lain di pandang tidak setaraf dengan nya. Tidak kaya saperti dia. Bolehkah dia selamat dengan hidup seorang diri? Apa kata kalau satu hari nanti terjadi kebakaran di rumahnya? Pada siapa dia hendak minta tolong? Atau terjadi kematian salah seorang anggota keluarganya, kemana dia hendak mengadu? Atau di waktu sakit, bukan dia memerlukan orang lain? Tanpa orang lain, kekayaan yang di milikinya tidak akan memenuhi keperluan hidupnya. Dia akan menghadapi berbagai bagai masaalah. Yang penyelesaiannya tidak lain tidak bukan ialah berbaik baik dan berkasih sayang dengan manusia lain.
Di Barat hari ini, kerana manusia memilih untuk hidup sendiri sendiri, tidak mahukan orang lain, biasa berlaku orang tua mati seorang diri dalam rumah, sudah berhari hari baru orang tahu. Itupun jiran yang tahu tadi bukannya tolong uruskan tapi sekadar tolong hubungi pihak polis dan hospital minta uruskan. Indahkah hidup dan mati saperti ini?
2. Pemimpin perlukan Rakyat, buktinya dapat dilihat di waktu pilihanraya, betapa orang politik merayu rayu agar Rakyat mengundi mereka. Terpaksalah mereka membeli undi, menyogok wang dan menjanjikan itu dan ini demi mengharapkan belas kasihan dari Rakyat. Tetapi pelik, selesai pilihanraya mereka lupakan Rakyat. Sedangkan kalaulah mereka terus berbaik baik, menghubungkan kasih dengan Rakyat, pada pilihanraya akan datang tidak perlu teruk teruk berkempen, tidak perlu beli undi dan tidak perlu janji itu dan ini. Sebab bila Rakyat dah sayang, undi akan di beri secara sukarela.
Sepatutnya para pemimpin sedar akan hal ini dan berusaha untuk menjaga hati Rakyat lebih dari hati keluarga sendiri. Sebab Rakyatlah yang menyebabkan dia jadi pemimpin. Tetapi mengapa hari ini hampir hampir tidak ada Rakyat yang sayangkan pemimpin dari hatinya? Yang ada cuma ikatan tugas atau ikatan kepentingan dengan tujuan tujuan hendak jaga periuk nasi dan poket. Di belakang pemimpin Rakyat mengata ngata atau melupakannya. Terpaksalah pemimpin beli kasih dengan wang atau peruntukan tertentu untuk dia disanjung dan di puji. Kasih wang nama nya, bukan kasih sayang.
3. Mana lebih indah, dua orang yang berhubung oleh mata benda atau wang ringgit dan dua orang yang berhubung dengan kasih sayang? Bila manusia dihubungkan oleh benda, tidak wujud kemesraan, persaudaraan atau persahabatan. Tidak ada ziarah menziarahi, saling menghibur serta sama sama ketawa dan menangis. Apakah seronok tinggal di dalam rumah yang tiada kawan yang hendak di ziarahi dan kesusahan terpaksa ditanggung sendiri hingga ketawa pun sendirian? Ya, hubungan yang diikat oleh bayaran, kaku dan tidak menghubungkan hati. Sebab itu marilah kita utamakan perhubungan hati daripada hubungan yang diikat oleh wang. Sebab kasih sayang lebih dinilai dan banyak hikmah dari wang.
4.Mengapakah kita suka atau tergamak melakukan perkara perkara yang menjadikan orang benci atau hilang kasih? Hingga timbul ketegangan dan huru hara. Sebab kesannya, bukan saja orang lain susah, tetapi diri sendiri pun susah. Sebab suasana itu memberi impak kepada jiwa kita. Apakah kita suka kalau kita susah? Kalau tidak, mengapa kita biarkan diri kita melakukan perkara perkara yang memutuskan kasih sayang dan keharmonian di tengah masyarakat yang akan membuatkan orang lain susah?
Masyarakat manusia amat memerlukan kasih sayang dalam hidup mereka. Kasih sayang mesti di perjuangkan. Sebelum memperjuangkan harga petrol naik, memperjuangkan parti, memperjuangkan untuk mendapatkan itu dan ini hendaklah terlebih dahulu memperjuangankan kasih sayang. Ianya adalah salah satu kunci penyelesai masaalah.Manusia tidak boleh meniru masyarakat hutan (haiwan) yang hidup nafsi nafsi, kerana di hutan kasih sayang tidak penting. Di kampong, di Bandar, di dalam masyarakat manusia , kasih sayang amat perlu. Tanpa kasih sayang manusia akan susah, resah, gelisah, payah dan runsing selalu.
Untuk memperjuangkan kasih sayang, kita perlu mulakan dengan mengorbankan sifat individualistik dan gila dunia. Kita perlu fikirkan persaan orang lain sebagaimana kita fikirkan persaan kita. Kita perlu kongsi kekayaan yang kita perolehi, bukan boikot untuk diri sendiri sahaja.
Inilah ajaran Islam. Ia mengutamakan nilai nilai kasih dan sayang lebih dari harga dunia dan isinya. Tapi inilah yang telah dilupakan oleh umat Islam sendiri sekalipun ulama ulamanya dan orang orang agama. Orang orang politik lebih lah dari itu.Sebab keperluan kepada kasih dan sayang lebih dari keperluan pada mata benda. Orang yang berkasih sayang boleh hidup walaupun miskin. Tetapi berapa ramai orang kaya yang kecamuk hidupnya kerana ketandusan kasih sayang? Berapa ramai orang orang politik yang sudah dapat kuasa tenang hidup nya? Kerana dia dulu sudah pernah memusnahkan kasih sayang dengan menghentam orang dalam pilihan raya.
Seketika dulu, orang boleh hidup dengan kasih sayang, tanpa menggunakan banyak wang. Mereka gotong royong buat rumah, tidak perlu upah tukang. Mereka gotong royong tanam padi, tidak perlu upah penanam. Tetapi sekarang untuk uruskan mayat pun perlu ada duit banyak. Kalau tidak mayat busuk tidak bertanam.Hendak kahwin pun tidak boleh kalau tidak ada wang. Sebab orang bukan lagi kahwin kerana cinta murni tetapi semata mata kerana cinta nafsu yang terpaksa di bayar dengan harga yang mahal.
Kita tidak rugi kalau membeli atau menggantikan wang dengan kasih sayang. Sebab kasih sayang terlalu tinggi nilainya. Ia menyuburkan jiwa dan merupakan sumber ketenangan dan kebahagiaan. Selamatkan lah diri dari cengkaman nafsu kerana gila keduniaan dan kebendaan.
No comments:
Post a Comment