Friday, September 9, 2011

6 Perkara Yang Merosakan Hati

Tazkirah Jumaat di Masjid Seksyen 27, Shah Alam semalam yang saya ikuti amat bermanfaat bagi saya yang sangat jahil ini. Nama Ustaz tu saya tak tahu tapi ilmunya yang beliau sampaikan saya kongsi dengan pembaca semua secara ringkas di sini.

6 perkara yang boleh merosakkan hati, antaranya :

- Suka membuat dosa dengan harapan ada peluang lagi nak bertaubat.
- Orang yang mempelajari ilmu tapi tidak mengamalkan ilmu yang dipelajarinya.
- Orang yang beramal tapi tidak ikhlas dengan amalannya.
- Sentiasa makan dan menikmati nikmat Allah tetapi tak bersyukur.
- Tidak pernah redha dengan pemberian Allah samada baik/buruk.
- Orang yang tak pernah nak mengambil ikhtibar dari kematian yang dilihatnya.