Saturday, June 14, 2008

REBAT : ANTARA RIBUT DAN REBUT



GEMBIRA... Orang ramai menunjukkan wang rebat yang diterima selepas beratur panjang di Pejabat Pos Bandar Baru Bangi, Selangor, semalam. Pembayaran rebat itu yang bermula semalam di semua pejabat pos seluruh negara dibuat oleh kerajaan berikutan kenaikan harga bahan api baru-baru ini.– Gambar Hayat Sueet

KUALA LUMPUR 14 Jun – Beribu-ribu pemilik kenderaan persendirian menyerbu 683 buah pejabat pos seluruh negara sejak awal pagi hari ini bagi menuntut bayaran rebat tunai subsidi petrol dan diesel.

Setakat pukul 5 petang ini iaitu hari pertama ia diagihkan, sejumlah RM116.7 juta tuntutan rebat tunai telah dibayar kepada 239,414 pemilik kenderaan di semua pejabat pos.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, urusan pembayaran rebat di seluruh negara berjalan lancar dan terkawal sebaik sahaja pejabat pos dibuka mulai pukul 8.30 pagi hingga ditutup pada 5 petang.

Beliau berkata, walaupun terdapat sedikit gangguan di beberapa pejabat pos, masalah berkenaan dapat diatasi dalam masa beberapa minit.

Shaziman berkata, bagi pejabat pos yang kehabisan wang tunai, para pengguna akan diberikan kiriman wang.

Mengulas mengenai beberapa perkara yang dibangkitkan oleh pengguna, beliau menjelaskan pembayaran rebat subsidi petrol merupakan satu perkara baru dan akan dikaji bagi memperbaiki sebarang kelemahan.

‘Unit Perancang Ekonomi akan membuat kajian bagi memperbaiki sistem ini pada masa akan datang,’’ katanya.

Petikan dari Utusan Malaysia 15 Jun 2008

ULASAN IKHWAN TODAY

Isu REBAT TUNAI adalah isu yang RIBUT diperkatakan di kalangan rakyat Malaysia ketika ini. Pembayaran rebat ini mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga kaunter-kaunter dipejabat pos Malaysia menjadi REBUTAN untuk orang ramai datang membuat tuntutan REBAT.

Sememangnya dalam kehidupan ini, kebanyakan manusia takutkan kesusahan dan ujian. Mereka takut miskin. Mereka takut jadi susah. Mereka takut jatuh sakit. Mereka takut kehilangan harta benda. Mereka takut turun pangkat atau hilang jawatan. Mereka takut dihina. Mereka takut dipulaukan dan sebagainya. Kalau boleh, manusia ingin selalu senang, kaya, sihat, tidak diganggu atau dizalimi dan sentiasa hidup dalam keadaan tenang, aman, damai dan harmoni.

Namun, hidup di dunia tidak akan sunyi dari ujian dan kesusahan. Selagi dunia bernama dunia, ujian dan kesusahan akan tetap ada. la adalah adat dan resam hidup. Hadis ada menyebut:

Maksudnya: "Dunia itu negara bala dan ujian".

Sebenarnya, yang benci dan takutkan kesusahan dan ujian itu ialah nafsu. Nafsu tidak suka pada kesusahan. Nafsu tidak suka pada ujian, pada lapar dan dahaga, pada kemiskinan, pada kemelaratan, pada sakit, pada mujahadah, dan pada apa sahaja yang tidak sesuai dengan kehendak dan keinginannya.

Kalau tidak ada ujian dalam hidup, nafsu akan jadi subur dan iman akan jadi lemah. Iman hanya akan meningkat dan nafsu hanya akan tunduk melalui ujian dan kesusahan. Itulah hikmah Tuhan datangkan ujian. Untuk menyuburkan iman dan melemah-kan nafsu. Jelas bahawa ujian itu adalah tanda kasih sayang Tuhan.

Allah SWT ada berfirman:

Maksudnya: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan berkata: 'Kami telah beriman sedang kamu tidak diuji lagi." (Al-Ankabut: 2)

Untuk selamat di akhirat, kita kena membaiki diri.

No comments: