Friday, June 27, 2008

Makbul Doa

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. .." Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik

Saturday, June 14, 2008

Perempuan Tak Pandai Masak...Kenapa Dipertikaikan?

Kalau perempuan tidak boleh memasak,dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh
menjadi imam. Walau ada yang kata, jika
itu syaratnya bermakna makin ramai
wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di
dapur sebagai perkara utama dan
ungkapan
hendak memikat suami, perlu pikat
seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu
berpelajaran atau berjawatan tinggi dan
penyumbang utama kewangan dalam
rumahtangganya. Sekarang bukan asing
lagi gaji isteri lebih tinggi daripada
suami. Namun kedudukan suami sebagai
raja tidak pernah dilupa walau dia
tidak
mengambil inisiatif mempelajari ilmu
menjadi imam. Ilmu bermain video game
di
komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh
belajar
dan sesudah belajar perlu handal. Jika
handal bukan setakat masak untuk
keluarga sendiri, kalau boleh perlu
boleh memasak untuk tiga pasukan bola.

Begitulah standard yang telah
ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan
undang-undang itu kepada lelaki juga.
Kalau tidak pandai jadi imam,
belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada
keluarga sendiri, sudah terror boleh
mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak,
mereka
tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman
wanita yang lain.

Betul juga. Berapa kerat lelaki yang
menjadikan sembahyang jemaah di rumah
bersama anak isteri sebagai agenda
utama, selain keperluan memenuhi
pelbagai seleranya? Maka bertanyalah
wanita kini kepada beberapa lelaki
tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak
confident menjadi imam sebab takut
bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah
tajwid atau pun dia merasakan isterinya
lebih handal. Ada yang kata lebih elok
dia dan isteri sembahyang
sendiri-sendiri. Ada juga menjawab,
rasa
kelakar pula apabila dirinya yang
rugged
menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan
sepertimana masyarakat memberatkan
wanita perlu pandai memasak jika mahu
bersuami. Lelaki juga harus boleh
menjadi imam supaya kewibawaan mereka
sebagai ketua keluarga tidak goyah atau
menjadi mangsa 'queen control'. Kalau
tidak pandai, belajarlah sekarang.

Jika wanita disuruh belajar, apa
salahnya lelaki!

ERTI PERSAHABATAN

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanl ah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..

Umat Islam Sakit Tenat dan memerlukan Kasih Sayang

Sepatutnya masyarakat manusia tidak hidup nafsi nafsi, berkrisis dan huru hara.Sebab sudah menjadi keperluan hidup manusia saling bertolong bantu dan perlu memerlukan.Seorang itu tidak boleh sempurna hidupnya tanpa orang lain.Pada orang lain ada keperluan untuk dirinya. Jadi sepatutnya dia menjaga hubungan baik dengan orang lain. Sebab di situ ada keperluan untuk dirinya.

Ertinya, berkasih sayang antara manusia itu, selain merupakan keperluan batiniah insan, sebenarnya ia adalah keperluan kehidupan lahiriahnya juga. Kalau tidak berbaik baik dengan orang lain, manusia akan hidup keseorangan dengan bermacam macam masaalah. Contoh nya:

1. Dalam sebuah kampung ada seorang kaya yang tidak bergaul dengan sesiapa pun sebab orang lain di pandang tidak setaraf dengan nya. Tidak kaya saperti dia. Bolehkah dia selamat dengan hidup seorang diri? Apa kata kalau satu hari nanti terjadi kebakaran di rumahnya? Pada siapa dia hendak minta tolong? Atau terjadi kematian salah seorang anggota keluarganya, kemana dia hendak mengadu? Atau di waktu sakit, bukan dia memerlukan orang lain? Tanpa orang lain, kekayaan yang di milikinya tidak akan memenuhi keperluan hidupnya. Dia akan menghadapi berbagai bagai masaalah. Yang penyelesaiannya tidak lain tidak bukan ialah berbaik baik dan berkasih sayang dengan manusia lain.

Di Barat hari ini, kerana manusia memilih untuk hidup sendiri sendiri, tidak mahukan orang lain, biasa berlaku orang tua mati seorang diri dalam rumah, sudah berhari hari baru orang tahu. Itupun jiran yang tahu tadi bukannya tolong uruskan tapi sekadar tolong hubungi pihak polis dan hospital minta uruskan. Indahkah hidup dan mati saperti ini?

2. Pemimpin perlukan Rakyat, buktinya dapat dilihat di waktu pilihanraya, betapa orang politik merayu rayu agar Rakyat mengundi mereka. Terpaksalah mereka membeli undi, menyogok wang dan menjanjikan itu dan ini demi mengharapkan belas kasihan dari Rakyat. Tetapi pelik, selesai pilihanraya mereka lupakan Rakyat. Sedangkan kalaulah mereka terus berbaik baik, menghubungkan kasih dengan Rakyat, pada pilihanraya akan datang tidak perlu teruk teruk berkempen, tidak perlu beli undi dan tidak perlu janji itu dan ini. Sebab bila Rakyat dah sayang, undi akan di beri secara sukarela.

Sepatutnya para pemimpin sedar akan hal ini dan berusaha untuk menjaga hati Rakyat lebih dari hati keluarga sendiri. Sebab Rakyatlah yang menyebabkan dia jadi pemimpin. Tetapi mengapa hari ini hampir hampir tidak ada Rakyat yang sayangkan pemimpin dari hatinya? Yang ada cuma ikatan tugas atau ikatan kepentingan dengan tujuan tujuan hendak jaga periuk nasi dan poket. Di belakang pemimpin Rakyat mengata ngata atau melupakannya. Terpaksalah pemimpin beli kasih dengan wang atau peruntukan tertentu untuk dia disanjung dan di puji. Kasih wang nama nya, bukan kasih sayang.

3. Mana lebih indah, dua orang yang berhubung oleh mata benda atau wang ringgit dan dua orang yang berhubung dengan kasih sayang? Bila manusia dihubungkan oleh benda, tidak wujud kemesraan, persaudaraan atau persahabatan. Tidak ada ziarah menziarahi, saling menghibur serta sama sama ketawa dan menangis. Apakah seronok tinggal di dalam rumah yang tiada kawan yang hendak di ziarahi dan kesusahan terpaksa ditanggung sendiri hingga ketawa pun sendirian? Ya, hubungan yang diikat oleh bayaran, kaku dan tidak menghubungkan hati. Sebab itu marilah kita utamakan perhubungan hati daripada hubungan yang diikat oleh wang. Sebab kasih sayang lebih dinilai dan banyak hikmah dari wang.

4.Mengapakah kita suka atau tergamak melakukan perkara perkara yang menjadikan orang benci atau hilang kasih? Hingga timbul ketegangan dan huru hara. Sebab kesannya, bukan saja orang lain susah, tetapi diri sendiri pun susah. Sebab suasana itu memberi impak kepada jiwa kita. Apakah kita suka kalau kita susah? Kalau tidak, mengapa kita biarkan diri kita melakukan perkara perkara yang memutuskan kasih sayang dan keharmonian di tengah masyarakat yang akan membuatkan orang lain susah?


Masyarakat manusia amat memerlukan kasih sayang dalam hidup mereka. Kasih sayang mesti di perjuangkan. Sebelum memperjuangkan harga petrol naik, memperjuangkan parti, memperjuangkan untuk mendapatkan itu dan ini hendaklah terlebih dahulu memperjuangankan kasih sayang. Ianya adalah salah satu kunci penyelesai masaalah.Manusia tidak boleh meniru masyarakat hutan (haiwan) yang hidup nafsi nafsi, kerana di hutan kasih sayang tidak penting. Di kampong, di Bandar, di dalam masyarakat manusia , kasih sayang amat perlu. Tanpa kasih sayang manusia akan susah, resah, gelisah, payah dan runsing selalu.

Untuk memperjuangkan kasih sayang, kita perlu mulakan dengan mengorbankan sifat individualistik dan gila dunia. Kita perlu fikirkan persaan orang lain sebagaimana kita fikirkan persaan kita. Kita perlu kongsi kekayaan yang kita perolehi, bukan boikot untuk diri sendiri sahaja.

Inilah ajaran Islam. Ia mengutamakan nilai nilai kasih dan sayang lebih dari harga dunia dan isinya. Tapi inilah yang telah dilupakan oleh umat Islam sendiri sekalipun ulama ulamanya dan orang orang agama. Orang orang politik lebih lah dari itu.Sebab keperluan kepada kasih dan sayang lebih dari keperluan pada mata benda. Orang yang berkasih sayang boleh hidup walaupun miskin. Tetapi berapa ramai orang kaya yang kecamuk hidupnya kerana ketandusan kasih sayang? Berapa ramai orang orang politik yang sudah dapat kuasa tenang hidup nya? Kerana dia dulu sudah pernah memusnahkan kasih sayang dengan menghentam orang dalam pilihan raya.

Seketika dulu, orang boleh hidup dengan kasih sayang, tanpa menggunakan banyak wang. Mereka gotong royong buat rumah, tidak perlu upah tukang. Mereka gotong royong tanam padi, tidak perlu upah penanam. Tetapi sekarang untuk uruskan mayat pun perlu ada duit banyak. Kalau tidak mayat busuk tidak bertanam.Hendak kahwin pun tidak boleh kalau tidak ada wang. Sebab orang bukan lagi kahwin kerana cinta murni tetapi semata mata kerana cinta nafsu yang terpaksa di bayar dengan harga yang mahal.

Kita tidak rugi kalau membeli atau menggantikan wang dengan kasih sayang. Sebab kasih sayang terlalu tinggi nilainya. Ia menyuburkan jiwa dan merupakan sumber ketenangan dan kebahagiaan. Selamatkan lah diri dari cengkaman nafsu kerana gila keduniaan dan kebendaan.

Cara membezakan restoran mamak, hindu

Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu.

Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.

Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan "tuhan" mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.

Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.

Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan "aqidah" mereka dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.

Saya pernah membuat kajian rambang di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur, dengan cara begini;

Saya memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk. Selalunya akan tercatat pada lauk daging – "daging lembu" atau "daging kambing". Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu semestinya tuan restoran tersebut adalah mamak Muslim.

Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk berkenaan, saya akan bertanyakan kepada pelayan restoran tersebut; "ada lauk daging tak?"

Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, "kambing ada, daging lembu tiada".

Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya kembali, "kenapa tiada lauk lembu?".

Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan tergagap-gagap untuk menjawab..

Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut.

Antara restoran yang saya dapati memang sebenar-benar mamak Muslim dengan cara ini adalah Restoran Thaqwa di Sri Gombak, dan Restoran Mamak (saya tak ingat namanya) di hadapan Bank Muamalat di Kuala Lumpur..

Sementara restoran yang saya kira sebagai bukan restoran bukan mamak yang menyamar Muslim adalah restoran Mamak (pun saya tidak ingat namanya) di kawasan jalan pudu/jalan pasar, dan sebuah restoran mamak (pun saya tidak ingat namanya) di deretan Bangunan Plaza UMNO di Batu Caves. Restoran-restoran ini menggunakan nama Restoran Muslim, dan restoran tersebut terdapat ayat-ayat Quran dan poster-poster keislaman, tetapi apabila ditanya tentang lauk daging lembu, mereka tergagap dan terpinga-pinga.

Anda boleh cuba di tempat anda!

Minyak naik: Baik lagi hujan bom atom di negeri sendiri

Rakyat Malaysia bukanlah cerdik sangat. Apabila harga minyak naik, bising satu negara. Kita kena faham, harga minyak dinaikkan apabila ada peningkatan dalam kos pengeluaran dan kos jualan petroleum di seluruh dunia.

Apa yang Abdullah Ahmad Perdana Menteri Malaysia lakukan adalah yang terbaik. Bukankah dia cucu ulama. Bukankah dia pemimpin negara. Dia mendapat undi majoriti penduduk Kepala Batas. Dia tahu apa yang terbaik untuk rakyat dan keluarganya.

Dia wajar membandingkan harga minyak di Malaysia dengan Thailand dan Singapura. Dua negara ini bukan pengeluar minyak berbanding Malaysia . Kos perkhidmatan naik di negara pengeluar minyak. Thailand dan Singapura membeli sahaja. Jadi, harga minyak perlu dinaikkan di Malaysia.


Berkaitan gaji di Singapura, pencuci tandas di sana mendapat RM2500.00 sebulan. Di Malaysia, PTD dan pekerja professionalnya mendapat gaji sebanyak itu. Tanyalah orang Permatang Manggis, Tasik Gelugor, Lahar Yooi dan Kepala Batas.

Apa ?

Ada yang tidak pernah ke Singapurapun. Mereka tidak tahu? Tidak mengapa. Kita tunggu rombongan Cik Kiah anjuran Reezal Merican.


Ini kebijaksanaan pemimpin UMNO dan BN mengurus negara. Rakyat Malaysia bukanlah cerdik sangat. Cuti-cuti Malaysia pun belum kesampaian hajat. Pemimpin Malaysia sudah ‘cuti-cuti dunia’. Mereka tahulah apa yang terbaik.

Satu pertiga gaji bulanan rakyat Britain boleh digunakan untuk membeli sebuah komputer. Manakala tiga bulan gaji kebanyakkan rakyat Malaysia dapat membeli sebuah komputer. Rakyat Malaysia yang bengong apa tahu.

Pendapatan perkapita rakyat Malaysia rendah berbanding negara Singapura , England dan sebagainya. Bagi pemimpin kita sekarang, dalam hal ini yang terendah itulah yang terbaik.

Jika hendak diberikan contoh atau dibandingkan sesama negara, ikutlah cara dan kebajikasanaan pemimpin Malaysia .

Dari Bukit Kayu Hitam ke Kuala Lumpur , tolnya mencecah RM60.00 satu hala. Dari Danok Thailand ke Pengkalan Kubor Kelantan, lebuhrayanya percuma. Ini jangan dijadikan contoh. Pemimpin Thailand tidak cekap menguruskan perkhidmatan awamnya.

Projek lebuhraya Malaysia siapa yang menguasainya? Bukankah pemimpin dan kroni mereka? Kenalah untung lebih. Bukankah mereka yang memerah otak untuk kabaikkan rakyat Malaysia yang dungu?

Di Singapura pengangkutan awamnya bermutu. Di Malaysia RM4 billion disimpan untuk memperbaiki pengangkutan awamnya dan wang tersebut masih disimpan. Inilah bijaknya Abdullah dan kabinetnya yang cekap itu.

Di Thailand, sekali sahaja perlu dibayar untuk mengambil lesen memandu. Di Malaysia, tiap-tiap tahun kita membayar untuk tujuan itu. Bukankah kerajaan BN pandai menabung untuk kestabilan negara..

Di Brunei, kerajaannya tidaklah secerdik kerajaan Abdullah kaki lena. Cukai Malaysia dikutip setiap tahun berbanding negara Brunei hanya sekali sahaja.

Naiknya harga petroleum di Malaysia bukan bererti kerajaan akan menaikkan tambang bas dan pengangkutan awamnya kerana syarikat-syarikat di Malaysia sudah terlebih dahulu menaikkan harga sehingga lima puluh peratus. Mereka tahu kerajaaan Abdullah kerajaan yang tidur lena. Tidak dapat berbuat apa-apa.

Siapa kata harga barang makanan dan harga barang pengguna akan naik. Di Malaysia, setiap kali harga minyak naik, rakyatnya seronok kerana harga barangannya turun mendadak.

Kerajaan masih meneriakkan, “kita tidak akan membenarkan kenaikan harga”. Orang kampung pula menangis menderita, harga barang sudah dipestakan. Bukankah hebat kerajaan sedia ada?


Rakyat Malaysia tidak pandai berekonomi. Takkanlah Petronas sahaja yang perlu membayar subsidi. Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Ustaz Abd Hadi Awang dan Lim Kit Siang bukannya tahu pasaran globalisasi.

Itu sebabnya ada penasihat khas di tingkat empat dan ketua-ketua media yang berpendidikan gred tiga MCE.

Mereka memberitahu rakyat agar mengubah gaya hidup. Ikut cara Rosmah Najib. Dulu membeli barang seorang diri. Sekarang, seperti dibangkitkan di Parlimen menggunakan segala jentera kerajaan Malaysia di luar negara untuk bershopping. Inilah kepandaian mengubah gaya hidup.

Sesuaikah menteri, VIP, Tan Sri dan Datuk di Malaysia menggunakan NGV. Janganlah susahkan mereka. NGV hanya sesuai untuk orang kampung di Jerlun, Cerok Tok Kun dan di Keroh. Itupun apabila ada tangki gas NGVnya di sana . Tunggulah berbelas tahun lagi.

Menteri kita berkhidmat untuk rakyat Malaysia . Lima puluh tahun merdeka, huru-hara dibuatnya Malaysia . Bukankah itupun kerja namanya.

Petani, penternak, nelayan, mahasiswa dan orang kampung serta kakitangan kerajaan di Malaysia perlu berjimat cermat. Ubahlah gaya hidup. Jangan pandai mengadu.

Berangan-angan untuk melakukan demonstrasi ? Memang air dan gas water-canon FRU dibeli untuk membelasah rakyat Malaysia . Mana ada menteri dan VIP yang pernah disemburkan gas pemedih mata. Dipersilakan.


Apabila sudah memilih BN, kena ikut arahan mereka. Ubah gaya hidup. Do what I say, don’t do what I do. Itupun tak faham. Susahlah.. Jadilah seperti mereka yang apple polish. Usung tilam di sana-sini. Boleh sambung kontrak bertahun lagi.

Bulan depan, 1 Julai - kita berseronok pula dengan kenaikkan tarif elektrik. Harga gula pun dah naik. Baguslah . Kerajaan menjaga rakyatnya supaya tidak terkena kencing manis. Karborhidrat yang tinggi di dalam beras tidak elok untuk kesihatan. Naikkan harga beras. Makan segenggam nasi sahaja.

Menteri Kesihatan Malaysia tentu gembira. Seluruh wakil rakyat BN berdiam diri dengan kenaikan harga minyak. Itu tandanya mereka setuju di atas penderitaan pengundi.

Langkah bijak BN menjaga kebajikan rakyatnya. Sebelum pilihanraya, Najib memberitahu harga minyak tidak akan naik tahun ini. Apa boleh buat. Najib bukan berlidah biawak . Naik sikit sahaja. Itupun terpaksa. Tahun 2004 RM1.37, 2005 RM1.62, 2006 RM1.92 dan 2008 RM2.70 sahaja. Secara keseluruhannya baru naik RM1.33 sen.

Bukankah Malaysia mewah. Pendapatan Perdana Menteri RM60,000.00 sebulan. Gaji Shahrizat RM33,000.00 sebulan. Gaji Hamid Othman RM24,000.00 sebulan.

Rakyat Malaysia tidak perlu memprotes. Tak payahlah tunggu gaji minima RM900.00 sebulan. Nak gaji tinggi, jadilah menteri atau penasihat menteri. Tapi kena aktif UMNOlah.

Bukankah pemimpin BN dilantik oleh orang kampung yang bodoh. Sebagai pemimpin, kini tahulah apa yang dibuat. Jangan jadi seperti ketam yang menyuruh anaknya berjalan betul, sudahlah.

Dahulu pada zaman Jepun, rakyat Malaysia dipaksa memakan ubi kayu. Kini, kita kembali semula seperti apa yang datuk nenek kita amalkan. Ubi kayu zaman tu tidak berkarbohidrat tinggi.

Jangan menjenguk dapur pak-pak menteri. Mereka makan ubi keledek, ikan darat dan garam kicap sahaja.

Tanah di kampung masih luas, tanamlah ubi kayu. Tanam dalam pasu, tanam di atas bumbung dan tanamlah di mana-mana.

Padi tidak perlu ditanam. Kita impot sahaja beras dari Vietnam dan Thailand. Pemimpin kita tidak makan beras. Selalu keluar negara. Mereka makan makanan barat dan Jepun.

Tanah di kawasan bandar kita jadikan kawasan perindustrian. Susah-susah pemimpin mencari pelabur luar negara. Simpanlah untuk mereka.

Ada yang kata harga minyak di Jordan , Venezuela , Mesir dan lain-lain negara sangat rendah. Kerajaan negara itu sudah tentu tidak pandai mengurus ekonomi. Jika masih tidak puas hati, pergi dan tinggal di sana .. Kan senang!

Kerajaan BN pandai. Dia tidak mahu sebut langsung berkaitan cukai pendapatan. Pendapatan tinggi perlu membayar cukai yang tinggi. Orang kampung apa tahu. Menteri, Tan Sri, Datuk dan kroni banyak duit. Mereka perlu simpan untuk membantu orang ramai. Apa guna membayar cukai pendapatan.

Seronoknya di bawah kepimpinan UMNO dan BN. Hujan emas di negeri orang, baik lagi hujan bom atom di negeri sendiri.

REBAT : ANTARA RIBUT DAN REBUT



GEMBIRA... Orang ramai menunjukkan wang rebat yang diterima selepas beratur panjang di Pejabat Pos Bandar Baru Bangi, Selangor, semalam. Pembayaran rebat itu yang bermula semalam di semua pejabat pos seluruh negara dibuat oleh kerajaan berikutan kenaikan harga bahan api baru-baru ini.– Gambar Hayat Sueet

KUALA LUMPUR 14 Jun – Beribu-ribu pemilik kenderaan persendirian menyerbu 683 buah pejabat pos seluruh negara sejak awal pagi hari ini bagi menuntut bayaran rebat tunai subsidi petrol dan diesel.

Setakat pukul 5 petang ini iaitu hari pertama ia diagihkan, sejumlah RM116.7 juta tuntutan rebat tunai telah dibayar kepada 239,414 pemilik kenderaan di semua pejabat pos.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, urusan pembayaran rebat di seluruh negara berjalan lancar dan terkawal sebaik sahaja pejabat pos dibuka mulai pukul 8.30 pagi hingga ditutup pada 5 petang.

Beliau berkata, walaupun terdapat sedikit gangguan di beberapa pejabat pos, masalah berkenaan dapat diatasi dalam masa beberapa minit.

Shaziman berkata, bagi pejabat pos yang kehabisan wang tunai, para pengguna akan diberikan kiriman wang.

Mengulas mengenai beberapa perkara yang dibangkitkan oleh pengguna, beliau menjelaskan pembayaran rebat subsidi petrol merupakan satu perkara baru dan akan dikaji bagi memperbaiki sebarang kelemahan.

‘Unit Perancang Ekonomi akan membuat kajian bagi memperbaiki sistem ini pada masa akan datang,’’ katanya.

Petikan dari Utusan Malaysia 15 Jun 2008

ULASAN IKHWAN TODAY

Isu REBAT TUNAI adalah isu yang RIBUT diperkatakan di kalangan rakyat Malaysia ketika ini. Pembayaran rebat ini mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga kaunter-kaunter dipejabat pos Malaysia menjadi REBUTAN untuk orang ramai datang membuat tuntutan REBAT.

Sememangnya dalam kehidupan ini, kebanyakan manusia takutkan kesusahan dan ujian. Mereka takut miskin. Mereka takut jadi susah. Mereka takut jatuh sakit. Mereka takut kehilangan harta benda. Mereka takut turun pangkat atau hilang jawatan. Mereka takut dihina. Mereka takut dipulaukan dan sebagainya. Kalau boleh, manusia ingin selalu senang, kaya, sihat, tidak diganggu atau dizalimi dan sentiasa hidup dalam keadaan tenang, aman, damai dan harmoni.

Namun, hidup di dunia tidak akan sunyi dari ujian dan kesusahan. Selagi dunia bernama dunia, ujian dan kesusahan akan tetap ada. la adalah adat dan resam hidup. Hadis ada menyebut:

Maksudnya: "Dunia itu negara bala dan ujian".

Sebenarnya, yang benci dan takutkan kesusahan dan ujian itu ialah nafsu. Nafsu tidak suka pada kesusahan. Nafsu tidak suka pada ujian, pada lapar dan dahaga, pada kemiskinan, pada kemelaratan, pada sakit, pada mujahadah, dan pada apa sahaja yang tidak sesuai dengan kehendak dan keinginannya.

Kalau tidak ada ujian dalam hidup, nafsu akan jadi subur dan iman akan jadi lemah. Iman hanya akan meningkat dan nafsu hanya akan tunduk melalui ujian dan kesusahan. Itulah hikmah Tuhan datangkan ujian. Untuk menyuburkan iman dan melemah-kan nafsu. Jelas bahawa ujian itu adalah tanda kasih sayang Tuhan.

Allah SWT ada berfirman:

Maksudnya: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan berkata: 'Kami telah beriman sedang kamu tidak diuji lagi." (Al-Ankabut: 2)

Untuk selamat di akhirat, kita kena membaiki diri.

Di sebalik kenaikan harga minyak

"Untuk kenaikan harga minyak kali ini. Penstrukturan subsidi yg dibayar
menggunakan wang pos. Tahukah anda, Pos Malaysia adalah milik ECM-LIBRA,
dan ECM-Libra adalah milik Khairi Jamaluddin menantu Pak Lah. Perancang
strategik Pak Lah dari tingkat 4.

Bayangkan duit yg masuk ke dalam poket Khairy, setiap RM10 yg dibayar sbg
subsidi.. 10 sen akan masuk ke poket sebagai komisen wang pos. Maknanya
ada 6 juta kenderaan di malaysia dan setiap kenderaan akan dapat subsidi
Rm 620, iaitu RM 6.20 komisen kepada Khairi. Untuk setiap kenderaan RM
6.20 X 6 Juta kenderaan = RM 37 200 000 setiap tahun.

Itu tidak termasuk bayaran setiap bulan terhadap VESEL dan Nelayan, juga
menggunakan wang pos.

" Bayaran tunai sebanyak RM200 setiap bulan bagi setiap pemilik dan
pekerja vesel rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan.
Bayaran insentif kepada pemilik vesel pada kadar 10 sen sekilogram hasil
tangkapan ikan yang didaratkan oleh vesel perikanan berdaftar di pusat
pendaratan ikan di dalam negara. "Pembayaran akan diuruskan oleh Lembaga
Kemajuan Ikan Malaysia. Kabinet juga telah memutuskan pengusaha bot
penumpang sungai akan diberi bayaran tunai sebanyak 10 sen seliter
berdasarkan kuota yang diluluskan," kata Abdullah."

Figure2 di atas tidak termasuk "Berapa bilion wang kerajaan akan menjadi
simpanan tetap di Pos Malaysia dan berapa untung Pos Malaysia
memperniagakan wang itu dengan keuntungan yang didepositkan ke tempat
lain."

Hati kena tenang hadapi isu harga minyak

MINYAK naik harga, semua orang mengeluh. Saya yang berpendapatan kecil rasa terhimpit dan tertekan kerana hujung bulan ini gaji saya tidak cukup untuk membayar bil dan menampung keperluan keluarga. Isteri sentiasa merungut, anak pula masih belum memahami. Harga baru minyak yang menjadi hadiah sambutan hari bapa tahun ini sungguh 'mencabar' naluri kebapaan saya. Mohon berikan saya motivasi untuk terus melangkah dengan semangat waja meneruskan hidup.

BUKAN BAPA MITHALI,
Taman Perkasa, Cheras.


APA yang saudara rasakan dikongsi oleh hampir semua rakyat Malaysia, terutama golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Dengan minyak naik diikuti barang keperluan, jiwa kita mungkin tertekan. Kita akan memikirkan bagaimana susahnya menampung kehidupan.



Ada dua perkara di situ. Pertama ialah hati yang susah dan kedua, usaha tambahan yang diperlukan untuk menampung perbelanjaan seperti melakukan kerja sambilan.


Justeru, kita memerlukan hati yang tenang untuk menghadapi kesusahan ini. Tanpa jiwa yang tenang, hati akan resah hingga boleh membuatkan seseorang menjadi pemarah dan anak serta isteri menjadi mangsa.

Begitu juga dengan prestasi di tempat kerja, bakal menurun disebabkan hati yang tidak tenang memikirkan masalah dihadapi.

Bagaimanapun, keadaan ini perlu diterima secara positif kerana Allah sebenarnya sudah memberi cara untuk mendapatkan ketenangan jiwa dalam firman-Nya yang bermaksud: "Apabila kamu susah, maka bersabarlah dan bersembahyanglah. "

Bersabar adalah satu kaedah untuk mengawal hati yang resah, tidak tenang atau kelam kabut. Kita boleh bercakap dengan diri diselang seli bacaan zikir menyebut nama Allah untuk mengurangkan keresahan dirasai.

Apabila kita sendiri yang memujuk diri, Insya-Allah hati yang berkocak akan rasa tenang sedikit demi sedikit.

Steven Covey dalam bukunya 7 Sikap Orang Efektif menulis, "Ada perkara yang boleh kita kawal, dan ada perkara yang tidak boleh kita kawal."

Sebagai orang Islam kita memahami banyak perkara yang tidak boleh kawal. Apabila kita tidak boleh kawal, kita banyak berserah dan bertawakal kepada Allah. Untuk berserah dan bertawakal, kita perlu berdoa kepada Allah.

Ada hadis mengatakan, apabila kita bersembahyang dengan baik dan sempurna, maka doa akan dimakbulkan. Sebaiknya kita membanyakkan sembahyang dan berdoa untuk memohon Allah memberi ketenangan hati menghadapi dugaan.

Selain itu, dicadangkan saudara supaya bersedekah. Bunyinya memang pelik kerana dalam keadaan menghadapi masalah kewangan, tiba-tiba kita diminta bersedekah. Sebenarnya, bersedekah tidak perlu menunggu banyak tetapi apabila ada kesempatan, hendaklah kita bersedekah.

Kemudian pohon pada Allah diberikan rezeki secukupnya.

Selain itu, satu cara untuk merasakan kehebatan Allah ialah dengan memerhatikan apa yang berlaku di sekeliling kita. Dalam perkara sedekah ini, mungkin kita pernah mengalami keadaan di mana rezeki datang selepas kita bersedekah.

Mungkin ada yang lokek dan kedekut untuk bersedekah. Cuba imbas kembali bahawa ada kalanya kita mendapat kebaikan daripada sedekah itu. Kebaikan itu datang secara langsung atau tidak langsung kepada kita.

Untuk kita yang beriman kepada Allah, kita tidak patut takut bersedekah walaupun dalam keadaan harga minyak naik. Allah sudah berjanji, orang bersedekah itu tidak akan miskin. Janji Allah adalah benar dan sentiasa benar. Percayalah.

Apabila Allah berjanji kita tidak akan miskin dengan bersedekah, bermakna Allah berjanji bahawa rezeki kita akan cukup. Mungkin kita tidak akan kaya, tetapi percayalah, rezeki kita akan dicukupkan Allah.

Maka teruskanlah bersedekah. Buatlah selalu walau sedikit. Apabila ada peluang untuk bersedekah, buatlah. Bukankah hadis mengatakan jika kita membuang duri dari atas jalan, itu juga satu sedekah. Oleh itu jangan tunggu lagi, bersedekahlah!

Betul Ke Desakan Ini

Hari jumaat 13/6/2008, semasa keluar dari maybank Jalan Raja Laut, tak semena-mena, saya tersangkut dan terserempak dengan demontrasi jalanan yang bermotifkan menunjukkan ketidak puasan hati sebilangan rakyat terhadap kenaikan harga petrol dan diesel yang melonjak gile-gile punye selepas Pak Dolah umumkan minggu lepas.

Marah memang marah. Bengang memang bengang. Tapi adakah ini memerlukan tindakan kita menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dan menggantikannya dengan Parti yang lain atau membetulkan keadaan tentang perkara perbincangan isu minyak itu sendiri sahaja.

Pada pandangan saya sahaja, perkara pokok yang melemah dan membangangkan sesuatu perkara itu datangnya dari individu yang membuat keputusan dan penimbang keputusan yang akan dilaksanakan dan bukannya badan itu. Mana-mana parti politik pun, kalau bertukar peminpin, akan berubah polisi pentadbirannya. Maka pada pandangan saya, baik Pas, Umno, PKR, maupun Barisan Nasional, mereka-mereka ini taka pernah bersalah, yang bersalah adalah sibangang-bangang pemerintah yang di dalamnya jika memerintah cara bangang.

Oleh itu, dicadangkan, next time tak payah ada sepanduk bubarkan BN, PKR dan sebagainya, tapi singkirkan dan gantikan saja pemimpin yang tak sesuai.