Daging Kambing - Baik untuk kesihatan
Di kalangan masyarakat kita, tanggapan bahawa daging kambing tidak baik untuk kesihatan sudah mula diterap dalam minda sejak dahulu lagi. Ekoran daripada tanggapan ini, ramai yang tidak berfikir panjang untuk menolak apa jua hidangan daging kambing. Namun persoalannya sejauh mana kebenaran tanggapan tersebut?
Ramai daripada kita tidak tahu bahawa 63% daripada daging merah yang digunakan setiap hari sebenarnya adalah daging kambing. Malah, permintaan terhadapnya adalah tinggi di merata tempat termasuklah dinegara-negara Barat, Timur Tengah, Asia, Afrika, Amerika Latin dan Caribbean.
DiMalaysia, bagaimanapun permintaan terhadap daging kambing tidaklah setinggi mana. Ia berikutan dua faktor iaitu pengguna tidak tahu di mana hendak mendapatkan daging kambing. Kebanyakkan pasaraya hanya menjual daging kambing biri-biri (mutton atau lamb)
Faktor kedua adalah tanggapan salah bahawa daging kambing mempunyai kandungan lemak tepu dan kolesterol tinggi yang membahayakan jantung.
Ternyata tanggapan ini tidak benar sama sekali apabila ia berpunca daripada salah faham mengenai daging kambing biasa dan daging kambing biri-biri. Mungkin setelah mengetahui sendiri perbezaan dan frasa yang digunakan dalam melabelkan kambing dan kambing biri-biri secara tidak langsung mampu mengubah persepsi anda mengenai salah tanggapan ini.
Perbezaan kambing dan biri-biri Kambing (Goat) Ekornya menegak keatas. Biasanya diternak bagi mendapatkan hasil daging dan susu.
Daging kambing biasa dikenali sebagai 'chevon'. Daging bagi anak kambing dikenali sebagai 'cabrito' atau 'capretto'.
Dagingnya rendah lemak dan rendah kolesterol.Kambing biri-biri (Sheep) Ekornya jatuh kebawah. Diternak bagi mendapatkan bulunya. Daging bagi kambing biri-biri dewasa dikenali sebagai 'mutton'. Daging bagi anak kambing biri-biri dikenali sebagai 'lamb'.
Dagingnya mengandungi kandungan lemak dan kolesterol yang tinggi.Keistimewaan daging kambingTidak seperti daging kambing biri-biri, daging kambing biasa mengandungi kandungan lemak dan kolesterol yang sangat rendah. Ia sangat ideal bagi mereka yang sangat menitikberatkan soal kesihatan.
Keistimewaan lain yang terdapat dalam daging kambing termasuklah:
Baik untuk jantung dan disyorkan oleh American Heart Association bagi mereka yang menghadapi dengan masalah Kesihatan yang melibatkan jantung.
Kaya dengan protein dan ratio lemak sihat.
Mengandungi zat besi dan potasium yang tinggi beserta dengan tahap sodium yang rendah.
Kandungan kalori dan kolesterolnya lebih rendah berbanding daging lembu dan ayam.
Tiada pencemaran hormon seperti daging ayam dan pencemaran bakteria sepertimana yang ada pada ikan.
Carta Perbandingan Kandungan Zat Daging Kambing Berbanding Sumber lain.
Sukatan daging untuk 3 oz.Jenis Kambing Ayam Lembu Biri-BiriKalori 122 162 179 175Lemak (g) 2.6 6.3 7.9 8.1Lemak Sat (g) 0.79 1.7 3 2.9Protein (g) 23 25 25 24Kolestrol (mg) 63.8 76 73.1 78.2Sumber: North Carolina Meat Goat Producers, Inc.USDA Nutrient Database for Standard Reference Release 14 (July 2001)
MItos & Realiti Memakan Daging Kambing
Mitos 1:
Daging kambing hamis.Daging kambing berbau hamis. Ramai yang mempercayai ini kerana penyembelih tidak tahu petua penyembelih. Ada juga yang mempercayai bahawa hempedu kambing tidak dibuang dengan cepat menyebabkannya terkena daging. 2 faktor ini dipercayai kononnya penyebab daging kambing berbau hamis.Realitinya:Daging kambing berbau hamis kerana kambing yang disembelih mempunyai kadar hormon mengawan (membiak) yang tinggi. Terutama bagi kambing yang telah matang. Ini kerana, kita selalunya menyembelih kambing yang berumur 2 tahun dan ke atas (untuk aqiqah & korban).Selain itu, kambing yang ingin disembelih kadang-kala dibiarkan sebelum itu bercampur-gaul jantan betina. Ini menyebabkan hormon untuk mengawan tinggi dan mengeluarkan baunya untuk menarik perhatian kambing betina atau jantan untuk mengawan. Inilah yang menyebabkan daging kambing berbau hamis!Oleh itu, bagi menjadikan kambing yang disembelih tidak berbau hamis, asingkan kambing tadi berlainan jantina beberapa hari berjauhan. Kemudian barulah sembelih. InsyaAllah daging kambing tidak lagi berbau hamis.Atau, sembelih kambing muda berumur 8 bulan ke bawah. Contohilah dinegara-negara Barat, Timur Tengah, Asia, Afrika, Amerika Latin dan Caribbean atau orang arab, kerana mereka memakan daging kambing muda.Mitos 2: Daging kambing pembawa darah tinggi.Ramai yang mempercayai daging kambing berkolestrol tinggi. Dipercayai juga, sesiapa yang makan daging kambing boleh menyebabkan sakit kepala disebabkan "darah tinggi" naik. (Terutamanya orang Melayu)Realitinya:Menurut kajian, penggunaan daging kambing seluruh dunia adalah yang paling tinggi iaitu 64% berbanding penggunaan sumber daging yang lain. Jika diperhatikan di pasaraya tempatan, daging kambing adalah yang paling mahal harganya iaitu RM35 sekilo kerana permintaan yang tinggi yang merupakan salah satu faktornya. (Daging biri-biri RM25 sekilo).Keadaan pening kepala selepas memakan daging kambing adalah kerana memakan daging kambing yang berumur 2 tahun ke atas (kambing tua). Ini kerana kandungan kolestrol kambing tua memang tinggi. Oleh itu, amalan pemakanan daging kambing yang baik dan rendah lemak dan kolestrol ialah memakan daging kambing yang berumur 8 bulan ke bawah (kambing muda).SUSU KAMBINGSusu Kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.Keistimewaan susu kambing Kaya dengan protin, enzim dan vitamin A Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah Diperaku oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulcer Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya. Berikut ini dipaparkan Jadual mengenai kandungan susu kambing berbanding dengan susu lembu dan manusia:Kandungan purata susu kambing(GM/LITER)Kandungan gm/LiterBahan kering 15 - 135Lemak 35- 40Laktos 47 - 52Protin Casein, Albumin , Globulin 27 - 30Abu 5 - 6Perbandingan komposisi susu kambing dengan lain-lain susuPerbandingan kandungan bahan susu mengikut peratusBahan Kambing Lembu ManusiaAir 87.5 87.5 86.8Lemak 3.9 3.7 3.8Protin 3.2 3.1 1.3Laktos 4.5 4.6 7.8Abu 0.8 0.7 0.2Perbandingan kandungan VitaminPerbandingan mengikut gm/literVitamin Kambing Kerbau LembuVitamin A 2070 1669 1560Vitamin D 23.7 t.m t.mRiboflavin 1.84 1.07 1.75Asid Nikotik 1.87 1.71 1.94Choline 150 t.m 121Inositol 210 t.m 110Vitamin B1 0.0006 0.0043 0.0043Nota: t.m - tiada maklumatSumber dari: Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Perak, MALAYSIA
No comments:
Post a Comment