" Saya sering terbaca iklan bisnes berasaskan ICT yang menjanjikan pulangan lumayan. Dalam banyak-banyak iklan saya tertarik dengan sebuah iklan yang dimuatkan di dalam satu muka surat penuh sebuah surat khabar popular. Iklan ini turut memuatkan testimonial usahawan yang berjaya. Tidak cukup dengan itu borang pinjaman turut dimuatkan. Hebatnya bisnes nii. Saya juga ingin mengubah impian menjadi realiti. Kami suami isteri telah menghadiri seminar yang dianjurkan oleh syarikat itu. Sebenarnya saya tidak faham tentang bisnes ini tetapi tertarik hati untuk mencuba setelah dijanjikan pulangan lumayan oleh wakil syarikat tersebut. Beliau berjanji akan mengajar secara langkah demi langkah macam mana nak buat duit. Tertarik dengan tawaran itu, saya membeli pakej termurah iaitu RM 2,500.Kami diwajibkan menyertai kursus intensif dengan bayaran RM200 seorang. Dengan semangat yang berkobar-kobar kami menghabiskan hampir RM1,000 lagi untuk mengikuti kursus tersebut yang diadakan di hotel ternama di ibu kota.300 peserta diseluruh negara telah datang dengan satu harapan iaitu mahu jadi kaya. Krew sebuah tv swata turut diundang untuk membuat liputan. Puan presiden memulakan ucapan dengan mengulangi kata-kata " Adakah anda sudah bersedia untuk menjadi kaya?" dan disambut dengan senyuman lebar para peserta, "Sudahhh!!!"Segmen demi segmen berakhir tanpa tips yang diharapkan sebaliknya makin galak memujuk peserta menambah pelaburan dan membuat iklan. Janji-janji manis ditaburkan. Para peserta semakin gelisah. Kesudahannya kursus berakhir tanpa tips yang diharapkan.Sebenarnya, rata-rata yang menyertai bisnes ini mempunyai modal yang sangat terhad. Mereka terpedaya dengan janji manis bahawa bisnes ini sangat mudah dan tidak perlu mencari dan berjumpa pelanggan. Cuma yang tidak diterangkan ialah kos yang terpaksa dikeluarkan untuk mengiklankan bisnes ini.Kami memang tidak mampu untuk menyiarkan iklan di dalam surat khabar. Jadi terpaksalah kami menggunakan sekular yang diselitkan ke dalam surat khabar di mana jumlah kosnya ialah RM500. Dengan hati yang berdebar-debar kami tunggu respon pengguna. Mengecewakan! Hanya 10 orang yang menyertai peraduan yang dianjurkan. Kos iklan pun tak lepas macam mana nak sediakan hadiah?Dan kini, setelah 4 bulan saya masih menunggu bayaran daripada TELCO. Bisnes terbengkalai sebab tak cukup modal nak buat iklan. Duit simpanan habis semata-mata nak kaya cepat tanpa memikirkan risiko.Kami kehabisan duit sedangkan mereka semakin galak menyiarkan iklan mereka di akhbar dan tv. Macam tulah mereka buat duit. Kuasa pengiklanan yang memperdayakan. Saya harap kisah saya ini dapat dijadikan teladan kepada anda. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis iklan. Selidik dan nilaikan dahulu baru buat keputusan.
Sekian."
No comments:
Post a Comment