Saturday, October 18, 2008

Join Jemaah tabliqh

Ada beberapa kumpulan di dalam Jemaah Tabligh Malaysia:


1. Takzub dan terpikat dengan segalanya Pakistan, atau
2. Takzub dan terpikat dengan segalanya India atau
3. Takzub dengan beberapa ORANG BERPENGARUH yang mereka panggil "BUZRUK" atau
4. Yang bijaksana dan menjalankan dakwah tanpa peduli mereka semua di atas atau
5. Conmen berwajah alim dan kata-kata manis untuk mengambil kesempatan dalam banyak area

of interest for eg: menipu, mencuri atau belakang tarok.

Pakaian mereka kosmetik sahaja dan tahap pengetahuan agama mereka terhad. Kita tak tahu yang bermain di dalam fikiran mereka. Anak saudara you ni berkawan dan di-ajak oleh grup yang mana satu ni?

Oleh kerana TABLIGH itu sendiri bukan persatuan dan jumlah mereka menjadi begitu ramai secara ORGANIK, payah untuk teka yang mana satu sedang mendekati anak saudara you. Kena pandai menilai sendiri.

Walaumacamanapun banyak jugak samseng, penyamun, penipu, pemabuk, penagih dan perompak yang jadi baik dari Tabligh. Banyak juga yang memang baik dapat meneruskan kebaikan dalam Tabligh.

Side-effect PASTI BERLAKU di dalam Tabligh :
1. Meninggalkan keluarga untuk beberapa hari hingga beberapa bulan untuk berdakwah ke

kampung-kampung dan bandar-bandar samada di dalam atau di luar negara.
2. Yang bertanggungjawab kepada keluarga akan mencukupkan rezeki keluarga dan mengambil

cuti sebelum pergi berdakwah.
3. Yang tidak bertanggungjawab akan tinggalkan keluarga, pelajaran atau pekerjaan tanpa

persediaan dan tiada apa-apa persiapan.
4. Cara pemakaian akan berubah.

2 perkara yang saya cukup tidak suka dengan pendirian banyak orang Tabligh:


>>> Mereka suka menggunakan perkataan "NANTI ALLAH GANTI", seolah-olah macam ALLAH itu mereka yang punya dan ALLAH mengikut telunjuk mereka. Selalunya mereka gunakan TERMA ini untuk menarik seseorang itu meninggalkan bisnes, pelajaran atau pekerjaan untuk sementara waktu supaya ikut mereka.
Ada di kalangan mereka guna terma ini apabila pinjam duit atau ambil sesuatu dengan hasrat tidak mahu ganti.


>>> Mereka sangka mereka sahaja yang layak ke syurga dan mereka sahaja yang dapat mengucap 2 Kalimah Syahadah semasa nazak. Sebabnya mereka sangka hanya jalan Tabligh sahaja JALAN SEBENAR cara Rasulullah.

2 perkara yang saya suka dengan Tabligh:


>>> Merendahkan diri dan menghentam EGO dengan cara terpaksa menemui orang-orang yang tidak dikenali dari rumah ke rumah untuk mengajak mereka ke Masjid untuk dengar ceramah.


>>> Yang tak pandai solat dan tak pandai baca fatihah, tahiyat dan Surah-surah pendek akan jadi pandai.
Tapi tajwid OUT jika mereka tiada initiaf sendiri untuk memperbaikinya waktu lain. Yang jahat-jahat dan baru bertaubat akan teresak-esak dalam Tahajjud dan dalam doa.

Sekali lagi, saya syorkan anak saudara you perlu pandai menilai dan kontrol keadaan diri sendiri.

Kesimpulan saya sendiri:


1.Untuk sesiapa yang ingin memperbaiki diri yang cukup banyak dengan dosa, boleh ikut Tabligh jika grup yang diikutinya itu berpendirian waras.


2. Bagi sesiapa yang ingin menuntut ilmu agama, Tabligh bukan tempatnya. Carilah Ustad atau Madrasah. Walaupun orang Tabligh banyak ibadat, Ilmu Fekah kebanyakan m
ereka sangat lemah.

No comments: